Pemakaian Wanita

Tips Pakaian Yang Sesuai Untuk Wanita Berbadan Besar



Bagi sebahagian kaum hawa khususnya yang memiliki tubuh gemuk.memilih pakaian juga bukan perkara mudah. Jika salah satu perhitungan, tubuh anda yang gemuk malah akan terlihat semakin gemuk dan lebar. Bahkan ada yang lebih parah, yakni menjadi terlihat gemuk dan pendek. Berikut ada beberapa perkara yang oleh anda jadikan panduan.

Badan Gempal Dan Tinggi

Individu yang berbadan seperti ini sesuai mengayakan baju berwarna gelap seperti hitam, coklat gelap,biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing.


 Bentuk Kolar Yang Sesuai

Pemilihan blaus sebagai busana gemuk dapat membuatkan anda lebih mempesona atau alasan yang memiliki bentuk huruf  V pada bahagian kolar lebih sesuai dan akan memberi kesan leher yang lebih panjang.

Corak Yang Sesuai

Jika ingin bergaya dengan baju bercorak, pilih coak Berbunga kecil, Elakkan memakai pakaian warna yang terlalu terang dan corak yang besar kerana ia akan menyerlahkan kegempalan anda. Gunakan pakaian yang bermotif  Garis-garis vertikal. Busana tersebut akan membuatkan anda yang memiliki tubuh yang gemuk kelihatan tinggi dan ramping. Tips kecil, tetapi mempunyai pengaruh yang sangat besar secara visual.


Untuk pakaian rasmi.

Untuk pakaian rasmi, pilihlah dress terusan polos dengan tidak banyak corak agar terlihat lebih elegant dan simple, serta jauhkan trap yang terlalu banyak lipatan pada bahagian pinggang kerana ia akan membuatkan tubuh anda semakain gempal. 


Tips Memilih Baju Agar Terlihat Langsing Dengan Jaket

Sebahagian wanita gemuk senang menggunakan jaket yang tepat akan membuatkan anda terlihat lebih langsing, Memakai jaket ataupun blazer yang terbuka dapat memberikan garisan vertikal panjang yang membuatkan anda ramping.










Tips Memakai Tudung Mengikut Bentuk Muka

1. Bentuk Muka Bujur


          Bagi wanita yang mempunyai Bentuk muka seperti ini,anda sememangnya bertuah kerana mampu mengayakan hampir kesemua fesyen tudung. Tidak kiralah selendang,tudung bawal, tudung syria , semuanya akan kelihatan cantik apabila anda pakai.Bentuk muka ini bercirikan jarak rahang, pelipis,tinggi kening dan panjang dagu yang seimbang. Sekiranya anda adalah salah seorang yang memiliki bentuk wajah seperti ini, jangan lepaskan anugerah berharga ini untuk bergaya dengan fesyen tudung terkini.



2. Betuk Muka Bulat



Wanita yang mempunyai bentuk muka ini bercirikan dengan jarak dahi ke dagu adalah sama dengan jarak kedua pelipis, dan juga tulang rahang yang 'timbul' di bahagian pipi. Atau dengan lebih mudah adalah mereka yang tembam atau berisi di pipi.

  • Apabila anda memilih untuk memakai selendang, gunakan cekak yang lembut sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung yang diperbuat daripada bahan yang lebih anjal untuk membantu mengurangkan visual ukuran .
  • Apabila anda memilih untuk memakai selendang, gunakan cekak yang lembut sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung yang diperbuat daripada bahan yang lebih anjal untukmembantu mengurangkan visual ukuran kepala.
  • Selendang yang nipis juga digalakkan agar ukuran kepada tidak terlalu kelihatan. Pastikan selendang tidak dililit dengan terlalu ketat untuk mengelakkan bentuk wajah anda yang bulat kelihatan lebih jelas.
  • Agar wajah kelihatan bujur,pakai selendang dengan sedikit longar dan lipat di bahagian bawah tudung berdekatan dengan tulang pipi. Bentukkan juga sedikit bahagian atas selendang agar ia tidak melekap pada dahi anda.
  • Sama seperti wanita dengan bentuk muka bujur, Bentuk muka yang panjang juga turut menjadi idaman dan pilihan wanita. Ia dicirikan dengan bahagian dagu yang panjang. Jika anda mempunyai bentuk muka seperti ini  dan bijak mengayakan tudung yang dipakai, mungkin orang lain akan menyangka anda memiliki bentuk muka yang bujur Tips utamanya adalah dengan memfokuskan kepada bahagian atas tudung.

             Untuk mendapatkan tips lebih lanjut mengenai pemakaian yang bagaimana bersesuaian dengan imej anda ?  Kami akan menjawab segala persoalan anda secara terus ke email anda.


























No comments:

Post a Comment