Thursday, 15 December 2016

Kesihatan

Tips Pemakanan Diet Seimbang


1. Amalkan makan bijirin, oat.
2. Makan mengikut jumlah kalori diperlukan selalu.
3. Membuat senaman kardio setiap malam
4. Amalkan memakan buah setiap hari.
5. Bangun awal dan jangan skip sarapan pagi.
6. Elakkan memakan fast food terlalu kerap.
7. Amalkan meminum Green Tea.



Jadual Pemakanan Ringkas.




1. Sarapan

  • Galakkan minum air masak segelas lepas bangun dari tidur bagi memastikan kelancaran kepada sistem penghadaman anda. 
  • Pengambilan bijirin  yang sesuai dengan sarapan diet dan susu yang rendah lemak.






                                           2. Makan Tengah Hari

  • Anda boleh memakan nasi. Ia amat penting untuk membekalkan tenaga kepada badan. Kandungan kanji pada nasi membekalkan tenaga kepada badan kita,namun kandungan yang diambil hendaklah berpada-pada.
  • Elakkan pengambilan makanan yang bersantan atau berminyak
  • Boleh mengambil lauk yang dikukus atau dipanggang. 
  • Perbanyakkan memakan sayur-sayuran seperti bayam dan sawi.
  • Makan makanan yang mengandungi protin seperti ikan dan daging daging bagi mendapat zat yang mencukupi.





3. Makan Malam
  • Pastikan makanan yang diambil pada waktu malam tidak terlalu berat.
  • Makan dengan kuantiti yang diperlukan sahaja seperti satu senduk nasi sahaja.
  • Disarankan untuk mengambil lebih makanan berprotin seperti ikan.
  • Digalakkan makan lebih awal kerana makan lewat malam boleh menyumbang masalah obesity.
  • Sayur juga erupakan sumber diet yang penting bagi membantu menurunkan berat badan.

No comments:

Post a Comment