Friday, 30 December 2016

Pemakaian Wanita


Bagi sebahagian kaum hawa khususnya yang memiliki tubuh gemuk.memilih pakaian juga bukan perkara mudah. Jika salah satu perhitungan, tubuh anda yang gemuk malah akan terlihat semakin gemuk dan lebar. Bahkan ada yang lebih parah, yakni menjadi terlihat gemuk dan pendek. Berikut ada beberapa perkara yang oleh anda jadikan panduan.

Badan Gempal Dan Tinggi

Individu yang berbadan seperti ini sesuai mengayakan baju berwarna gelap seperti hitam, coklat gelap,biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing.


 Bentuk Kolar Yang Sesuai

Pemilihan blaus sebagai busana gemuk dapat membuatkan anda lebih mempesona atau alasan yang memiliki bentuk huruf  V pada bahagian kolar lebih sesuai dan akan memberi kesan leher yang lebih panjang.

Corak Yang Sesuai

Jika ingin bergaya dengan baju bercorak, pilih coak Berbunga kecil, Elakkan memakai pakaian warna yang terlalu terang dan corak yang besar kerana ia akan menyerlahkan kegempalan anda. Gunakan pakaian yang bermotif  Garis-garis vertikal. Busana tersebut akan membuatkan anda yang memiliki tubuh yang gemuk kelihatan tinggi dan ramping. Tips kecil, tetapi mempunyai pengaruh yang sangat besar secara visual.


Untuk pakaian rasmi.

Untuk pakaian rasmi, pilihlah dress terusan polos dengan tidak banyak corak agar terlihat lebih elegant dan simple, serta jauhkan trap yang terlalu banyak lipatan pada bahagian pinggang kerana ia akan membuatkan tubuh anda semakain gempal. 


Tips Memilih Baju Agar Terlihat Langsing Dengan Jaket

Sebahagian wanita gemuk senang menggunakan jaket yang tepat akan membuatkan anda terlihat lebih langsing, Memakai jaket ataupun blazer yang terbuka dapat memberikan garisan vertikal panjang yang membuatkan anda ramping.

Tuesday, 27 December 2016

Motivasi



Sitikus & Ahli Sihir.

Satu hari seekor tikus sedang berlari dari seekor kucing yang mengejarnya.
Berbagai-bagai jalan dilalui, pelbagai lorong diikuti, bermacam-macam susur direntasi dan berbilang denai disusuri, namun kucing terus mengekori.
Tikus bernasib baik apabila berjaya menjumpai lubang kecil yang boleh sampai ke sebuah gua. Tikus selamat daripada kucing kerana lubang tersebut hanya muat untuk dirinya sahaja.

Kebetulan dalam lubang gua tersebut tinggal seorang ahli sihir. Sang tikus pun mengadu halnya yang ketakutan dikejar kucing kepada ahli sihir tersebut. Tikus memohon ahli sihir mengubahnya menjadi seekor kucing supaya tidak takut lagi kepada kucing.
Ahli sihir merasa kasihan lalu memperkenankan permintaan tikus. Tikus itu kini berubah fizikalnya menjadi seekor kucing. 

Setelah mengucapkan terima kasih, tikus berbadankan kucing pun beredar dari gua dengan riang. Dia kini tidak takut lagi kepada kucing.

Setelah beberapa minggu, dia dikejar oleh anjing. Dia berlari menuju ke gua dan meminta ahli sihir menukarnya kepada anjing. 

Kali ini dia dikejar pula oleh serigala yang menggerunkan. Dia pun meminta lagi agar ditukarkan kepada seekor serigala.
Kemudian dia diburu pula oleh singa. Seperti biasa, dia meminta pula dijadikan seperti singa. Ahli sihir masih sabar dengan kerenahnya lalu menukarkannya menjadi seekor singa.
Walaupun telah menjadi seekor singa yang bengis, sifat takut masih ada dalam dirinya. 
Dia begitu takut kepada makhluk bernama manusia yang seringkali memburu singa menggunakan senapang. 

Dia meminta pula dijadikan sebagai manusia. Ahli sihir menukarkannya menjadi seorang gadis yang ayu.
Pada suatu hari, si gadis ayu begitu terkejut dan takut dengan kehadiran seekor tikus di rumahnya. Lantas dia berjumpa dengan ahli sihir agar menukarnya kembali kepada asal iaitu seekor tikus semula.

Setelah menukarkannya kepada sang tikus, ahli sihir pun memberi nasihat ikhlas kepadanya 

Aku telah tukarkan kau kepada pelbagai bentuk. Sebut sahaja apa yang kau mahu, aku ikutkan."
Mula-mula kucing, selepas itu anjing, kemudian serigala dan diikuti pula dengan singa.
Tidak berapa lama kemudian kau mahu jadi manusia. Sekarang kau kembali menjadi tikus semula. Tahukah kamu kenapa kamu sentiasa berasa takut wahai sang tikus?"
Sang tikus menjawab “ Tidak tahu, wahai ahli sihir 
Ahli sihir memberi tip paling berguna buat tikus 

Walaupun, fizikal kau berubah menjadi pelbagai bentuk, namun hati kau tetap hati tikus.


Walaupun, kisah ini cuma cerita dongeng sahaja namu banyak pengajaran boleh kita ambil.
Point yang cik anggun nak sampaikan di sini bukanlah sekadar kisah tikus dan ahli sihir itu saja, tapi perkara yang terselindung disebalik kisah ini.

“Ia bukan apa yang kita baca, tapi ialah bagaimana kita membaca, memahami dan menghadam pengajaran yang terselindung disebalik kisah ini”

Bagi anda yang selalu merasa rendah diri disebabkan saiz badan anda, cuba anda kaitkan diri anda dari cerita ini.
Apakah persamaan anda dengan si TIKUS itu?

Walaupun fizikal tikus berubah menjadi pelbagai binatang yang garang seperti singa, namun hatinya tetap hati tikus iaitu hati dan jiwa yang kecil & penakut.
Itu lah peranan hati atau jiwa kita.

Ramai orang cuba untuk mengubah zahir  mereka dan luaran mereka namun jiwa dalaman tidak berubah, ianya tidak berguna juga.
Iya,
Memang tidak dinafikan yang zahir atau faktor luaran ini sedikit sebanyak dapat mempengaruhi keyakinan & jiwa kita, 

namun ketahuilah ianya tidak bertahan lama atau bersifat sementara saja.
Sama seperti cerita si tikus tadi, walaupun sudah berubah-rubah fizikalnya menjadi seekor singa yang dari zahirnya ganas dan kuat,
namun hatinya, dalamannya masih lagi tidak berubah, 
masih lagi kecil, hatinya masih lagi takut, hatinya masih lagi tidak yakin akan diri,
Jadi, untuk anda yang bersaiz besar, janganlah jadikan faktor saiz & fizikal itu satu masalah besar kepada anda.

Ye, kita berusaha untuk mendapatkan saiz yang ideal untuk kita, kita "exercise", jaga pemakanan & sebagainya, namun jika masih belum mendapat saiz yang ideal,

Usah bersedih & rasa rendah diri. Usaha lagi.

Yakinlah dengan diri anda, bergembiralah , semestinya anda ada kelebihan yang tersendiri, fokus dan bangunkan kelebihan anda itu,
jangan hiraukan kata-kata dan pandangan orang lain.
Anda berhak untuk hidup yakin dan gembira di dunia ini.
Sekian. 
Anda mahukan cerita, tips yang sebegini terus kepada anda ?
            
                                          

Sunday, 18 December 2016

Pemakaian Wanita


Bagi sebahagian kaum hawa khususnya yang memiliki tubuh gemuk.memilih pakaian juga bukan perkara mudah. Jika salah satu perhitungan, tubuh anda yang gemuk malah akan terlihat semakin gemuk dan lebar. Bahkan ada yang lebih parah, yakni menjadi terlihat gemuk dan pendek. Berikut ada beberapa perkara yang oleh anda jadikan panduan.

Badan Gempal Dan Tinggi

Individu yang berbadan seperti ini sesuai mengayakan baju berwarna gelap seperti hitam, coklat gelap,biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing.


 Bentuk Kolar Yang Sesuai

Pemilihan blaus sebagai busana gemuk dapat membuatkan anda lebih mempesona atau alasan yang memiliki bentuk huruf  V pada bahagian kolar lebih sesuai dan akan memberi kesan leher yang lebih panjang.

Corak Yang Sesuai

Jika ingin bergaya dengan baju bercorak, pilih coak Berbunga kecil, Elakkan memakai pakaian warna yang terlalu terang dan corak yang besar kerana ia akan menyerlahkan kegempalan anda. Gunakan pakaian yang bermotif  Garis-garis vertikal. Busana tersebut akan membuatkan anda yang memiliki tubuh yang gemuk kelihatan tinggi dan ramping. Tips kecil, tetapi mempunyai pengaruh yang sangat besar secara visual.


Untuk pakaian rasmi.

Untuk pakaian rasmi, pilihlah dress terusan polos dengan tidak banyak corak agar terlihat lebih elegant dan simple, serta jauhkan trap yang terlalu banyak lipatan pada bahagian pinggang kerana ia akan membuatkan tubuh anda semakain gempal. 


Tips Memilih Baju Agar Terlihat Langsing Dengan Jaket

Sebahagian wanita gemuk senang menggunakan jaket yang tepat akan membuatkan anda terlihat lebih langsing, Memakai jaket ataupun blazer yang terbuka dapat memberikan garisan vertikal panjang yang membuatkan anda ramping.

Thursday, 15 December 2016

Kesihatan

Tips Pemakanan Diet Seimbang


1. Amalkan makan bijirin, oat.
2. Makan mengikut jumlah kalori diperlukan selalu.
3. Membuat senaman kardio setiap malam
4. Amalkan memakan buah setiap hari.
5. Bangun awal dan jangan skip sarapan pagi.
6. Elakkan memakan fast food terlalu kerap.
7. Amalkan meminum Green Tea.



Jadual Pemakanan Ringkas.




1. Sarapan

  • Galakkan minum air masak segelas lepas bangun dari tidur bagi memastikan kelancaran kepada sistem penghadaman anda. 
  • Pengambilan bijirin  yang sesuai dengan sarapan diet dan susu yang rendah lemak.






                                           2. Makan Tengah Hari

  • Anda boleh memakan nasi. Ia amat penting untuk membekalkan tenaga kepada badan. Kandungan kanji pada nasi membekalkan tenaga kepada badan kita,namun kandungan yang diambil hendaklah berpada-pada.
  • Elakkan pengambilan makanan yang bersantan atau berminyak
  • Boleh mengambil lauk yang dikukus atau dipanggang. 
  • Perbanyakkan memakan sayur-sayuran seperti bayam dan sawi.
  • Makan makanan yang mengandungi protin seperti ikan dan daging daging bagi mendapat zat yang mencukupi.





3. Makan Malam
  • Pastikan makanan yang diambil pada waktu malam tidak terlalu berat.
  • Makan dengan kuantiti yang diperlukan sahaja seperti satu senduk nasi sahaja.
  • Disarankan untuk mengambil lebih makanan berprotin seperti ikan.
  • Digalakkan makan lebih awal kerana makan lewat malam boleh menyumbang masalah obesity.
  • Sayur juga erupakan sumber diet yang penting bagi membantu menurunkan berat badan.